Search
  • Papa CR

APA ADA PADA NAMA ??

Chicken Royale yang beroperasi sejak 2019, menawarkan menu unik dan konsep yang menarik Mengabungkan menu Ayam Peri Peri ala Nandos , Nasi Arab dan Keju Mozarella dan Cheddar yang dibakar sehingga cair , bersama hidangan sampingan lain. Uniknya Chicken Royale bukan hanya pada makanan tapi konsep dan ideologi nama nama menu yang digunakan... Dengan logo ayam bertanjak yang mencerminkan kedaulatan budaya Melayu...Chicken Royale cuba menengahkan elemen elemen lagenda Melayu didalam penjenamaan IDEOLOGI NAMA NAMA MENU DALAM CHICKEN ROYALE KOMBO Kombo adalah gabungan satu atau dua menu di dalam satu set , dengan harga lebih murah dari pembelian secara ala carte. Nama nama Kombo di ambil dari siri nama LAKSMANA HANG TUAH lima bersaudara sebagai Pahlawan sejati di dalam hikayat masyarat Melayu, dan Hang Tuah sendiri menjadi simbol kekuatan masyarakat Melayu

(Kombo Kasturi - Kombo Lekir- Kombo Lekiu - Kombo Jebat - Kombo Tuah)

 

SET TALAM Set talam adalah gabungan menu menu popular di hidang di atas talam. Berbeza dari KOMBO, menu di dalam set talam ada perubahan struktur seperti nisbah kandungan dan lain lain.

Di namakan atas watak watak mistik hikayat melayu yang mempunyai kekuatan atau keistimewaan luar biasa. SET BADANG - SET BERSIONG GROUP 3: MENU NASI ARAB Siri siri menu yang mengunakan nasi arab rempah kabsah sebagai bahan utama. Di namakan dengan nama nama watak WANITA lagenda hikayat melayu... kelembutan dan kekuatan WANITA sering kali di lupakan ketika hadirnya, namun kehilangan mereka walau seketika akan membuat kaum ADAM resah gelisah.... begitu juga NASI yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia... Adanya tidak pernah di julang tinggi... namun... jika tiada nasi walau sehari... pasti nya membuat kita resah gelisah ...kerinduan dan memerlukan

NASI TEJA - NASI MAHSURI - NASI SANTUBONG

18 views