Search

Passport Hilang Sewaktu Travel ? Jangan panik Ikuti 3 langkah ini

Updated: Apr 9

Apa yang anda lakukan jika passport anda hilang atau di curi ketika berada di luar negara?

Pertama jangan panik, ikuti langkah-langkah ini :

Kalau hilang dalam Malaysia takde lah kelam kabut sangat. Tapi kalau hilang ketika berada di luar negara memang akan buat keadaan haru biru.

Tanpa passport, anda tidak akan dibenarkan untuk menaiki flight dan ini juga bermakna anda tidak boleh pulang ke negara asal.

Kami ingin kongsikan dengan anda 4 langkah yang anda perlu ambil andai kata harta benda dan passport anda dicuri ketika anda sedang travel di luar negara.

1. LAPORAN POLIS

Paling penting, buat laporan polis dahulu dan nyatakan bagaimana passport anda hilang. Adakah kerana dicuri atau tercicir. Jika boleh dapatkan salinan laporan polis dalam bahasa inggeris

2. Kedutaan Malaysia.

Selepas membuat laporan polis, sebaiknya hubungi terlebih dahulu Kedutaan Malaysia dan maklumkan anda akan datang untuk mendapatkan passport sementara.Memberi info awal anda akan datang ke sana banyak memudahkan urusan permohonan passport sementara

Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri di kln.gov.my

3. Mohon Sijil Passport Sementara

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara.

Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (1 hala sahaja) dan anda perlu mohon passport baru bila kembali ke Malaysia.

Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil passport sementara ini ialah:

1)Salinan laporan polis

2)Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat (kad pengenalan/salinan passport)

3)MalaysiaBorang permohonan (akan di beri oleh kedutaan)

4) Tiket penerbangan pulang

Sebagai persediaan, lebih elok scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke diri sendiri.

Jika berlaku kedaan seperti ini, at least anda boleh buka email dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia.

593 views