SIRI 6: BERAPA BANYAK OMEGA 3 YANG KITA PERLUKAN?

Updated: May 20

Menurut garis panduan Recommended Nutrition Intake yang dikeluarkan KKM, orang Malaysia memerlukan 0.67 g asid lemak omega 3. Menurut garispanduan WHO, sebanyak 2.22 g omega 3 diperlukan.

Tahukah anda, ikan laut dan ikan air tawar Malaysia mengandungi kandungan asid lemak yang tinggi terutama omega 3 dan omega 6? Dua ekor ikan kembung (Indian Mackarel) sudah lebih dari cukup untuk memenuhi 2.22 g asid lemak.

Menurut analisis Osman et al. (2001), ikan kembung mengandungi 33% omega 3 and 20% omega 6. Katakan seekor ikan saiz sederhana dengan berat 100 g, terdapat 3.3 g omega 3 dan 2.0 g omega 6. Kalau anda bukan peminat ikan sekalipun, setengah ekor ikan saiz sederhana sudah memberikan jumlah asid lemak yang anda perlukan.

Menurut Ng (2006), dalam ikan kembung dengan berat 55g, terdapat 1.45 g omega 3 iaitu sekitar 26 %.

Adakah kita memerlukan makanan tambahan omega 3? Makan makanan asid lemak secukupnya penting untuk keperluan kesihatan seperti yang dilaporkan oleh pelbagai jurnal perubatan. Namun, menurut kajian literasi sistemik yang diterbitkan pada tahun 2012, pemberian supplemen omega 3 berlebihan dari keperluan harian tidak mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

Oleh kerana diet orang Malaysia memang sedia kaya dengan asid lemak, makanan tambahan tidak akan mengurangkan risiko penyakit, tidak akan menjadikan anak-anak anda lebih pandai, tidak akan menjadikan anda lebih sihat.

Rujukan:

NCCFN (2005). Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya; ISBN 983-42438- 0-4.

Ng, TKW, Omega-3 Fatty Acids: Potential Sources in the Malaysian Diet with the Goal Towards Achieving Recommended Nutrient Intakes, Mal J Nutr 2006,12(2): 181-188

Osman, H.; Suriah, A. R.; Law, E. C., Fatty acid composition and cholesterol content of selected marine fish in Malaysian waters. Food Chemistry 2001, 73 (1), 55-60.

Rizos EC, Ntzani EE, Bika E, Kostapanos MS, Elisaf MS. Association Between Omega-3 Fatty Acid Supplementation and Risk of Major Cardiovascular Disease EventsA Systematic Review and Meta-analysis. JAMA. 2012;308(10):1024–1033. doi:10.1001/2012.jama.11374